Alhamdulillah. Itulah ungkapan yang harus diucapkan oleh semua guru dan juga murid-murid di SK Beliau Ahad. Permintaan daripada pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah bangunan kelas baru akhirnya berjya di realisasikan oleh pihak yang terlibat.
Sebuah bangunan jenis pasang siap yang mengandungi 6 buah kelas telah siap tersergam indah di kawasan sekolah. Lengkap dengan kerusi meja dan juga papan putih serta lampu dan kipas di dalam kelas.
Perasmian bangunan akan dilaksanakan bagi membolehkan bangunan kelas ini di gunakan pada tahun 2015 ini. Ini sekolah kita ini rumah kita.
Tuesday, 21 October 2014
Jaga Keberkatan Rezeki
Kesan daripada rezeki yang berkat oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad - Majalah Harmoni Mei 2011.
1) Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan. Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau menuai padi. Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup. Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.
2) Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat. Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat. Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.
3) Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji. Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang. Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat. Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah. Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini. Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.
4) Orang di sekeliling suka kita. Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita. Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan. Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.
5) Orang suka datang rumah dan menziarahi kita. Rumah kita bagikan magnet. Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita. Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita. Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.
6) Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih. Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala. Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang. Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah. Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.
7) Doa yang makbul. Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh. Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.
Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat. Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti yang haram. Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan rezeki. Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah. Insya Allah, apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang.
Semoga kita sentiasa menyeimbangkan tuntutan ibadah yang kekal abadi sebagai saham di akhirat dengan saham didunia dengan menjaga perilaku kita dalam mencari rezeki .
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BELIAU 2014
Kejohanan Sukan Tahunan SK Beliau ahad akan diadakan pada 12 November 2014 bertempat di padang sekolah bermula seawal jam 7.30 pagi. Kejohanan pada tahun ini melibatkan acara trek dan padang iaitu acara olahraga, lompat jauh serta lontar peluru. Jadi marilah sama-sama menjayakan acara Sukan Tahunan Sk Beliau Ahad pada tahun 2014 ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)











